Pages

Wednesday, January 19, 2011

Asiah Binti Mahazim (Isteri Firaun)

Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.

Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.

Kemudian Fir’aun berkata:

“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:

1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.

Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.

Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.

Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.



ASIAH binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu.

Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.

Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.

"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.

"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.

"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.

' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.

Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.

Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.

Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.

Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."

"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.

"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya.

Manusia biasa

"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.

"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.

Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.

Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.

"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.

"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.

"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.

"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.

Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa.

Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.

"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.

"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.

"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.

"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.

"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.

"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.

Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.

Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.

Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.


59 comments:

چيق توليڨ said...

assalammualaikum,
alhamdulillah sy dh habis bce crte ni...
sy sring dgr kisah tntg masyitah yg menyisir rmbur ank firaun
ttpi knp dlm crte di atas , asiah sndri yg mnyisir rmbut anknye?
dan sy jge bru bce tntg kisah hukuman firaun kpd asiah..sblmini x tahu tntgnya
mgkinkah lps asiah meninggal dunia tugas itu dilakukn oleh masyitah pula?
dan melalui kejadian yg sama sikat itu jatuh..

nor dalila said...

boleh tahu mana sumber cerita ini? seperti ada percanggahan cerita seperti yang diberitahu oleh miss tuliepp

fatin09 said...

sejarah tetap sejarah. kewajiban kita mempercayai kesahihan cerita adalah perlu

Unknown said...

ya betul....macam ada percanggahan cerita..bukan tak percaya dengan entri saudari..kita nakkan cerita yang sebenarnya...wallahuallam..

NN said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sye pon x pnh dgr cta yg sbnar2nya tp sal sikat rambut tu mang cam ada p'canggahan...
wallahuallam..

Novi said...

Subhanallah.

Luqman bin Umar said...

eh.. aisyah ad anak perempuan? anak kandung atau anak angkat? siapa pula bapanya..? hurm..

Gabai Hero said...

sebelum ni saya pernah dengar cerita ni, tapi tak tahu nama sebenar mashitah. mashitah tu hanya lah gelaran kepada si penyikap rambut anak firaun.

KISAHkite said...

alhamdulillah dapat jgk sy membaca kisah wanita yg berhati waja ini dgn habis..

the fatihah said...

subhanAllah..terima kasih sebab post kan kisah ni..sangat menyentuh hati dan memberi kesedaran buat insan yang masih belajar mencintai ALLAH ini..semoga anda ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan sentiasa mendapat keredhaanNya..

circa muska said...

Tapi....mcamana asiah memperolehi anak perempuan tuu... cuba penulis semak balik perjanjian prkahwinan mereka...hal ni mmg sgt sensitif....astaqfirullah.

Unknown said...

Kata asiah x pernah tidur dgn firaun, jd mcmana boleh dpt anak perempuan?

ummukhadeeja said...

Masyitah tu tukang sikat rambut anak fir'aun kan..menarik cerita ni..tp pelik bagaimana dia ada anak ye kalau tak pernah bersama..

Abdullah said...

Wallahualam...sila rujuk yg lbh arif tentang sejarah..

belog cik momo said...

Setahu sy kisah sikat tu masyitah...pstu pulak cm ne asiah blh mngandung pdhal perjnjian asiah,firaun xleh sentuh dia..n yg melayan firaun tu iblis yg muka cm asiah..bdk pmpn tu ank iblis ke?

Unknown said...

Salam.dengan rendah hati saya ingin memohon izin untuk memuatkan entri ini di dalam buku penulisan saya. Sebagai penghargaan saya akan tuliskan nama blog ini di dalam buku penulisan sya. saya mengharapkan kerjasama yang baik dari pihak blogger. saya dahului dengan ucapan terima kasih.mg Allah jua yang dapat membalas segala kebaikan.

Unknown said...

Tersentuh hati membaca kisah wanita yg berhati waja... Sy berharap kisah ini bole dijadikan tauladan pada budak2 muda zaman skrg.... Dn kisah ini benar2 wat kn saya bertambah kuat dn yakin untuk mengejar ke jalan Allah.... Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.... Asalamualaikum.....

Unknown said...

banyak percanggahan ... yang mana satu betul ni.. http://azizijantan.blogspot.com/2010/05/kisah-mashitah-penyisir-rambut-puteri.html

husna said...

mohon share ya...

Unknown said...

Assalamualaikum, saudari, saya mohon untuk share cerita di blog kolej saya yaa . terima kasih atas perongsian ilmu ini yang sangat mendalam dan menyentuh . Alhamdulillah :)

http://www.hadisahghani.blog.spot.com said...

Assalam....
Salam persaudaraan Islam
Acik mohon share
Moga dihalalkan
Moga sama2 kita dpt ganjaran disisNya nanti

http://www.hadisahghani.blog.spot.com said...

Assalam....
Salam persaudaraan Islam
Acik mohon share
Moga dihalalkan
Moga sama2 kita dpt ganjaran disisNya nanti

Unknown said...

Tak perlu pn kita nak pertikai status ank perempuan tu.. Asiah salah seorg y hebat namanya Allah catat dalam alquran.. Jd kita wajib percaya sejarahnya.. biar la rahsia Allah kita tak tahu penderitaannya.. Cukup kita tahu imannya tak boleh dibeli dgn kemewahan dunia

Unknown said...

Subhanallah....
Kisah nya ini sungguh menginspirasi untuk semua kalangan wanita....

Unknown said...

Subhanallah....
Kisah nya ini sungguh menginspirasi untuk semua kalangan wanita....

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...IZINKAN SAYA MENGAMBIL ARTIKEL INI SEBAGAI PENULISAN UNTUK TUGASAN BLOG SAYA...

Shoecree said...

Soalan saya, Asiah tidak tidor dgn Firaun. Mana datang anak perempuannya?

Unknown said...

Setahu saye asiah mati karene dilempar Batu palak nyo sama firaun

Wallahhualam!

Unknown said...

Setahu saye asiah mati karene dilempar Batu palak nyo sama firaun

Wallahhualam!

Unknown said...

Kejap org kena hukum sebab percaya Allah dan musa a.s,,tapi musa a.s tak lahir lagi..byk israiliat dlm konteks ni..pening membacanya

Unknown said...

Kejap org kena hukum sebab percaya Allah dan musa a.s,,tapi musa a.s tak lahir lagi..byk israiliat dlm konteks ni..pening membacanya

Unknown said...

kisah yg mendidik tetutama buat diri ku

Unknown said...

ohh....

Unknown said...

ohh....

Unknown said...

Semak dulu cerita nie takde pencanggahan atau x .. sbb apa yg sy tau masyitah yg sikat rambut anak tu bukan asiah .. kaji betul2 satu sejarah tu baru buat penulisan . Bak org cakap jangan bguru dgn sorg jek .. kalau die salah , kite pon salah . Bguru lah dgn sape2 lagi yg tau bab nie .

Unknown said...

Bkn masyitah ke yg sikat rmbut tu asal asiah plk..plk kisah hg nie sblm nk menulis kaji dulu bkn ape takut kte memandai plk..kan??

Unknown said...

Bkn masyitah ke yg sikat rmbut tu asal asiah plk..plk kisah hg nie sblm nk menulis kaji dulu bkn ape takut kte memandai plk..kan??

Unknown said...

1) nama asiah tiada dalam quran. satu-satunaya nama wanita yang disebut dalam al-quran adalah maryam.

2) memang kita tidak nafikan isteri firaun beriman kepada Allah, hal ini disebut dalam al-quran pada akhir2 ayat surah at-tahrim. tapi Allah tak ada sebut namanya. Namanya hanya disebut dalam kitab tafsir. Quran dan tafsir beza ya. Quran tidak ada yang salah, tp tafsir boleh jadi ada yang keliru. Pengarang tafsir adalah ulama, ulama adalah manusia, manusia tidak akan lepas dari salah. Namun saya juga tidak bermasalah jika isteri fir'aun namanya asiah.

3) isteri yang tidak tidur dengan suaminya, nusyuz..... siapa pun suamimu, sbg isteri wajib layan dia. kerana syariat dulu2 tak ada halangan kawin muslim dgn kafir. Isteri nabi Nuh dan nabi Luth juga kafir..... Jadi tak perlu hairan kalau fir'aun kafir sedangkan asiah beriman.

4) masyitah tukang sisir anak fir'aun. bukan Asiah. Rujuk dalam hadis isra' mi'raj

5) cukuplah menceritakan hal yang tidak sahih dianggap sebagai pendusta....

alexsander_zulkarnain said...

maaf cerita di atas ada yang salah.... gak shahih

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
agusdemak said...

Agak kurang setuju dengan sebutan "beliau" pada fir'aun la'natullah...

BaharuddinIsmail said...

Ambil iktibar perkhabaran yg baik2 sahaja.... Ini adalah antara perkara2 ghaib yg wajib kita yakini... Nabi kita pun tidak hadir ketika peristiwa ini berlaku... Ianya diceritakan dalam Al Quran.. Jadi kita ambil untuk di contohi dan dipanjang2kan tetapi jangan di tokok tambah sampai orang jadi keliru.. Cukup sampai jadi contoh "isteri yg kafir tak dapat ditolong oleh seorang suami bertaraf nabi...dan suami jahat pun isteri boleh dijanjikan syurga".... Wallahu a'lam

BaharuddinIsmail said...

Rujuk surah Al-Tahrim ayat 10~11...

Zil-Ihsan said...

Assalamualaikum. Sy tidak berminat utk membuat percanggahan; sedangkan banyak dalam tu tiada Quran; termasuk tiada NAMA masyitah atau Asiah dalam Quran. Tetapi sy memang berminat utk mengetahui sumber asal usul cerita ini. Adakah berpunca daripada kitab Israilliyat seumpama nama Balqis dan Zulaika yang diambil daripada kitab seumpama itu?

Bukan mahu kata salah bersumberkan kitab Israilliyat. Seperti katanya dalam satu hadis Sahih al-Bukhari No. 3461, Nabi mengatakan tiada salah menceritakan daripada Bani Israel.

Maka bisakah dikongsikan sumber? Terima kasih.

Unknown said...

Yang aku tengok dari video kisah firaun dan nabi musa ni. Isteri firaun nefeteri lahir kan anak semua mati dengan izin Allah..lepastu firaun kawin dengan asiah pun ada anak tapi anak dia mati..sampai jumpa nabi musa, asiah ambil jadi anak angkat bila nabi musa dah besar kanak kanak baru asiah dan nefetari mengandung...sumber dari fb @Kun Anta...layan dari episod masa zaman nabi ibrahim and yaakub pada era pemerintahan firaun kat mesir..

Unknown said...

Yang aku tengok dari video kisah firaun dan nabi musa ni. Isteri firaun nefeteri lahir kan anak semua mati dengan izin Allah..lepastu firaun kawin dengan asiah pun ada anak tapi anak dia mati..sampai jumpa nabi musa, asiah ambil jadi anak angkat bila nabi musa dah besar kanak kanak baru asiah dan nefetari mengandung...sumber dari fb @Kun Anta...layan dari episod masa zaman nabi ibrahim and yaakub pada era pemerintahan firaun kat mesir..

Unknown said...

http://taipanqqgood.blogspot.co.id/2018/05/langsung-merokok-saat-buka-puasa-ini.html

Taipanbiru
QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | asiataipan . com |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
BandarQ
AduQ
Capsasusun
Domino99
Poker
BandarPoker
Sakong
Bandar66

Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61

Daftar taipanqq

Taipanqq

taipanqq.com

Agen BandarQ

Kartu Online

Taipan1945

Judi Online

AgenSakong

Unknown said...

Saya pernah baca kisah Asiah..tp bukan begini..

Dia dihukum dgn cara dihempap batu yg besar..

tetapi dia berdoa spt firman Allah dlm AlQuran..
akhirnya Allah matikan Asiah terlebih dahulu sebelum di hukum oleh firaun

Unknown said...

Ace288 merupakan situs agen judi bola terpercaya, terbaru dan terlengkap .

Bagi anda semua yang suka bermain judi bola online,Livecasino, slot, poker. bisa daftarkan diri anda di ace288.com

Minimal deposit 25.000 dan withdraw 50.000. Proses deposit hanya 1 menit.

CS Super Ramah dan Humble

Hanya 1 user id anda bisa bermain banyak permainan yaitu :
- Live Casino
- Sportsbook
- Slot
- Poker
- Habanero
- IDNLive

Info Promo :
* Welcome Bonus hingga 100%
* Welcome Cashback hingga 100%
* Extra bonus hingga 200%
* Discount 4D : 66.00% , 3D : 59.5.00% , 2D : 29.5.00%
Buruan daftarkan diri anda, kami tunggu kehadiran anda!

LINK ALTERNATIF : ace288.com
WHATSAPP : +63 9185593952
SKYPE : Ace288
LINK JOIN JADI MEMBER : https://bit.ly/2G6aJEG

Alya said...

Tak silap saya, ank itu adalah anak dari isteri firaun atau gundik yg lain...almaklumlah, raja zaman dulu kan banyak isteri...wallahhualam.

Ruslin said...
This comment has been removed by the author.
Ruslin said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalammualaikum.. Boleh tak nak bertanya,masyitah yg disebut dalam kisah ni masyitah yg sma kah dengan kisah masyitah tukang sikat firaun ? Klau mereka org yg sama,bkn kah masyitah dihukum dicampakkan kedlm kawah bersama suami dan ank 2 nya ? Tapi,dlm kisah asiah,suami masyitah,hazaqil,dihukum bunuh dgn panah.. Minta penjelasan.. Terima kasih..

Mulk said...

Betul. Bukan nama nya masyithah. Tp masyithah iaitu penyisir rambut anak firau .

Ruslin said...

Cerita diatas lebih kepada olahan semula sahaja.. dari kisah2 israilliyat..
Tidak berpandukan timeline sejarah dan rekod rasmi kerajaan mesir kuno.
Kisah yang diceritakan dalam alquran adalah sumber yg paling sahih dan wajib dipercayai..
cuma bila nak di match kan dgn tokoh yg mana sebenarnya kita harus lihat pula timeline dan sumber sejarah yg ada..
Kerana hakikatnya tokoh ini benar2 wujud pada zaman dahulu..

Kalau ikut timeline sejarah, sejarawan sepakat berpendapat
isetnofret/asitnofret(mesir kuno) adalah tokoh yang paling padan sebagai isteri firaun yang disebut di dalam Alquran .. beliau adalah isteri ke 2 kepada firaun ramses II.. Dipercayai isetnofret adalah dari keturunan firaun sebelum suaminya..
Ada pendapat mengatakan asiya dari keturunan firaun semasa zaman nabi yusof..
sudah jadi tradisi pemerintah mesir zaman dahulu yang keluarga pemerintah hanya akan berkahwin dgn susur galur keturunannya sahaja untuk menjaga keturunan..
Asiya jumpa nabi musa yg masih bayi selepas 6 tahun beliau berkahwin dgn ramses ll.. ketika itu beliau berusia kira2 29 tahun dan tidak mempunyai anak lagi..
Beliau sendiri yg memberi nama 'musa' (sebutan asal 'moses' bahasa mesir kuno bermaksud air dan pohon) kepada bayi yg baru dijumpai nya itu..
Selepas mengambil musa sebagai anak angkatnya, beliau telah melahirkan sekurang2nya 4 org anak nya sendiri..
3 lelaki dan seorang perempuan..
Salah seorang anak lelakinya merneptah telah menjadi raja mesir selepas rameses II tenggelam di laut merah..

Tentang Keimanan asiya,ulama dan sejarawan sepakat mengatakan ia bermula selepas nabi musa kembali semula ke mesir selepas baginda melarikan diri selama 10 tahun dari mesir..
Ketika kembali ke mesir,sebelum berhadapan dgn firaun, nabi musa terlebih dahulu menyusup masuk ke istana tanpa pengetahuan firaun untuk berjumpa ibunya..
selepas memberi salam dan mengucapkan terima kasih diatas segala kebaikan ibunya terhadap baginda selama ini, baginda menyatakan yg dia kini adalah nabi dan rasul utusan Allah.. tujuan nya pulang ke mesir untuk menyampaikan ajaran tauhid..

Selepas berhadapan dgn firaun dan para ahli sihirnya,asiya bertanya kepada salah seorang pembesar siapakah yg menang?
Dijawab oleh pembesar "musa dan harun"..
Dibalas asiya "sesungguhnya aku beriman pada tuhan musa dan harun"..
Dari situlah keimanan asiya bermula..

Walaupun sebelumnya asiya tidak beriman, tidak lah bermakna dia seorang yg jahat.. tidak hanya cantik paras rupa,asiya tetap seorang wanita yg cantik budi perkertinya.. Allah menganugerahkan asiya perasaan kasih sayang yg tidak berbelah bahagi kepada musa,sebab utama beliau menerima dakwah nabi musa.
beliau wanita yg sangat menyayangi musa dan anak2nya yg lain serta suaminya..
Beliau bukannya seorang wanita yg mementingkan diri sendiri walaupun kedudukan beliau sebagai permaisuri kerajaan mesir.. permaisuri yg paling disayangi firaun..

Diakhir2 hayat nya asiya telah disiksa oleh firaun kerana keimanannya.
Sehingga meninggal dunia..
Sampai sekarang hanya sedikit sumber dari rekod rasmi kerajaan mesir kuno yg diketahui tentang isetnofret berbanding nifertari.. Semestinya rekod2 tersebut dicatat sebelum keimanan asiya, sebelum putera kesayangannya diangkat menjadi nabi dan rasul.. walaupun hakikatnya isetnofret juga tidak kurang hebatnya berbanding nefertari,beliau lebih lama menjadi permaisuri kerajaan mesir.. beliau juga adalah ibu kepada merneptah, raja mesir selepas ramses ll..

Untuk seseorang yg telah melakukan 'kesalahan' besar, Tiada kuil dan patung yg dibina untuk isetnofret seperti kuil abu simbel untuk isteri pertama ramsesII nifertari..

Makamnya juga sehingga kini tidak diketahui dimana lokasinya..
Ini mungkin kerana keimanan isetnofret dan ramses II telah menghapuskan semua rekod rasmi tentang beliau..

Wallahhuallam..

Unknown said...

Itukan Anak pada isteri firaun yang lain ..

Post a Comment