Pages

Tuesday, May 10, 2011

Kisah Zinnirah


Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.


Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

34 comments:

Shizukesa said...

Allahuakhbar. Berharap agar dapat menjadi seperti Zinnirah~

Unknown said...

Subhanallah...smoga kita semua dirahmati Allah tk jadi setabah dan sekuat Zinnirah..amin..

Nasyaa said...

great blog :)
mampir ke blog q yh ~> http://naqara.blogspot.com/
ak izin copas cerita-cerita tentang wanita islam dari blog kamu yha, tenang... aku tulis sumbernya :') tujuannya biar orang-orang pada tahu kisah-kisah ini.. :)

Unknown said...

masyaallah, hebatnya iman srikandi islam ini, sggp menderita semata-mata kerana cintanya kepada Allah. Semoga diri ini m'jadi setabah dan sekuat Zinnirah, amin.

Zil-Ihsan said...

Dua Umar? Memang benar zaman tu ada ramai Umar. Tapi betul dua Umar? Bukankah doa tu tentang Umar dan Amr ibn Hisyam (Abu Jahal)?

Unknown said...

subhanallah teguh sungguh iman seorang wanita yg bernama zinnirah...

Unknown said...

join my blog yach .........

Unknown said...

MasyaAllah...cerita penuh pelajaran and hikmah

Nur Saleha Jayiddin said...

sangat terkesan dengan perkongsian nih. thank you! nak improve diri jadi lebih baik

Unknown said...

Tolong bagi buku rujukan

Unknown said...

Allahuakbar mulia sungguh sifat zinnirah

Unknown said...

Semoga semangat zinnirah meresap dlm diriku

miramiya said...

Iman zinnirah cukup kuat untuk umar runtuhkan....berharap aku dapat menjadi seperti zinnirah yang sentiasa diterangi cahaya keimanan.

miramiya said...

Iman zinnirah cukup kuat untuk umar runtuhkan....berharap aku dapat menjadi seperti zinnirah yang sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Unknown said...

IMAN YANG KUAT BELUM TENTU DPT JADI CAM ZINNIRAH

Unknown said...

Itu doa nabi. Nabi saw doa semoga Allah memperkuatkan agamaNya dengan salah satu umar

Unknown said...

setiap kali mendengar/ membaca kisah2 para nabi dan sahabat.. aku terdekit, kenapa sezaman ini aku tidak mampu menjadi seperti mereka. dan lantas mataku mengeluarkan gelingan air yang tidak tertahan hendaknya...

ALLAH! AMPUNKAN SEGALA DOSAKU...

Unknown said...

Allahuakhbar....besar nya nikmat allah . Betapa indah nya kuasa الله.

Ayuusman said...

Moga dapat jadi yang terbaik..
" Wanita yang menjaga kebersihan boleh dapatkan Miss V Perfume

TongDramaz€ said...

Allahuakbar bila aku nak teguhkan iman ku...
aku seorang hamba yang lemah yang sangat kekurangan didikan agama...
walaupun yang asas telah ku pelajari sejak kecik ...tetapi tidak aku pedulikan...
ALLAHUAKBAR..

Unknown said...

Cerita serikandi ini seperti cerita seorang hamba yg gelap dan hitam iaitu bilal bin robah yg mengumandangkan azan pertama di mekkah dan diseksa seperti serikandi zinnirah...😢

Unknown said...

Semoga kita dpt meneladani keimanan Zinnirah, Radhiyallahu 'anha
aamiin

PT. TUNGGAL BUANA ABADI said...

barokallah semoga masih ada sosok zinnirah generation

PT. TUNGGAL BUANA ABADI said...

barokallah semoga masih ada sosok zinnirah generation

Hamba Allah said...

Jazakallah. Pertama kali jumpa kisah Sahabiah bernama Zinnirah RA. Walaupun dah bertahun sampai juga maklumat ini kepada saya dan diceritakan kepada anak2 sebelum tidur utk dijadikan tauladan.

Mohon agar dapat dibetulkan kisah Saidina Umar Al-Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup agar nama Sahabat RA yg mulia itu tidak terfitnah. Berdasarkan syarah beberapa Ustaz, kisah tersebut bukan merujuk kepada Saidina Umar Al-Khattab. Boleh merujuk kepada website Mufti Wilayah. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1559-irsyad-al-hadith-siri-ke-13-adakah-sahih-kisah-saidina-umar-bin-al-khattab-membunuh-anak-perempuannya

Unknown said...

Ace288 merupakan situs agen judi bola terpercaya, terbaru dan terlengkap .

Bagi anda semua yang suka bermain judi bola online,Livecasino, slot, poker. bisa daftarkan diri anda di ace288.com

Minimal deposit 25.000 dan withdraw 50.000. Proses deposit hanya 1 menit.

CS Super Ramah dan Humble

Hanya 1 user id anda bisa bermain banyak permainan yaitu :
- Live Casino
- Sportsbook
- Slot
- Poker
- Habanero
- IDNLive

Info Promo :
* Welcome Bonus hingga 100%
* Welcome Cashback hingga 100%
* Extra bonus hingga 200%
* Discount 4D : 66.00% , 3D : 59.5.00% , 2D : 29.5.00%
Buruan daftarkan diri anda, kami tunggu kehadiran anda!

LINK ALTERNATIF : ace288.com
WHATSAPP : +63 9185593952
SKYPE : Ace288
LINK JOIN JADI MEMBER : https://bit.ly/2G6aJEG

tanpa nama said...

Maaf admin, ada kesilapan sedikit pd artikel di atas. Yg menghukum Zinnirah adalah Umar ibni Hisyam (Abu Jahal) bkn saidina Umar r.a. Kebanyakan penulis sirah adalah dr golongan syiah, penulisannya bias ke arah memburuk2kan sahabat2 Nabi.

Unknown said...

astaghfirullah..kisah yang amat sedih..

Unknown said...

Masyaa Allah kuatnya iman zinnirah meski disiksa

Unknown said...

Salam saudari.
Kisah Zinnirah ini mmg ada asas kisahnya dlm kitab2 Tafsir, ttapi tdk jelas sgt kesahihannya smada dia hamba kpd Umar r.a atau Abu Jahal, ada bbrapa rwyt. Semoga rahmat Allah swt ke atasnya.
Apa yg sya mahu sdri serta kita smua beringat ialah dlm menyebut sifat2 buruk Umar al-Khattab r.anhu.. 😰😰..sbb bnyk yg trbukti tdk sahih spt kisah Umar menanam ank prmpuan hidup2 dll... dikhuatiri kita terjebak dlm agenda buruk syiah mahu mmburuk2kn para shbt Nbi Saw. Maaf n والله اعلم

Siti Nur Nazhirah said...

allahurabbi

Unknown said...

😢😢😭😭

Mistery Hati said...

zaman sekarang lagi berat ujian.. ujian kesenangan.. belum apa² lagi takut hilang kerja nak bayar hutang riba' dan risau tak dapat makan..

akimkatkat said...

Istri sy minta cari kisah zinnirah sbbnya nak namakn ank pertama kami sama dgn zinnirah, insha Allah ☺️

Post a Comment